![]() |
| ADAKAH INI CINTA??? |
~dingin lavender~
Wednesday, 28 March 2012
apa sebenarnya yang terjadi??
Wednesday, 8 February 2012
Tuesday, 24 January 2012
~keranamu kekasih~
bila ku imbas lagi,
terusik peristiwa dulu,
yang mengguris hati,
terkulai-kulai diri bila cinta didustai,
oleh insan yang pertama aku sayangi,
bila ku kenangi,
hidupku tak lagi ceria seperti dahulu,
tiada lagi keindahan yang aku rasai,
selama ini teguhnya cintaku padamu kekasih....
tidakku menyangkakan ini kan terjadi,
bila si dia undur diri,
dan memutus cinta,
alam ku rasakan suram,
tiada lagi rayu simpati,
ternyata kejujuran salah ditafsirkan,
rupa-rupanya dihatimu,
dia yang bertahta,
mengikis semarak cinta,
yang telah kita bina,
seindahnya disyurga,
kekasih...,
kita berdua, menjalin kasih,
dan akhirnya terpisah jua,
kurela kau pergi....

Monday, 16 January 2012
~~~~~permainan hati~~~~~
22/05/11 :
walaupun sering bertengkar, namun inilah satu-satunya faktor pengantaraan kami berdua..............
24/05/11 :
pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak layak untuk mu, kau akan hadir lalu berkata bahawa kau sukakan aku..............
25/05/11 :
namun tatkala aku ingin memeluk hatimu, kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri.........
28/05/11 :
mengapa setelah kehilangan kau, baru aku sedar bahawa aku sebenarnya sukakan kau??.........
30/05/11 :
kau telah membuat aku sukakan kau secara menyeluruh, termasuk jua diriku sendiri.........
02/06/11 :
kau telah jadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendak aku..., apabila kau tiada disisi, apakah makna diriku ini??.......
08/06/11 :
dengan jatuh cinta pada kau, aku telah menjadi pengecut...dengan jatuh cinta terhadap kau, aku telah menjadi aku...............
14/06/11 :
bagaimana caranya untuk melupakan kau, sedangkan aku masih mencintai??....apakah sebenarnya permainan hati ini??...................

Sunday, 8 January 2012
Saturday, 7 January 2012
kisah hati~
Kedinginan malam membuatkan hati Nur Dahlia Umairah diselubungi rasa rindu. Dengan haruman bunga lavender yang datang dari halaman rumahnya membuatkan gadis tinggi lampai ini diusik perasaan yang tidak dapat ditafsirkan olehnya sendiri. Rasa rindu yang datang dari hatinya itu adalah untuk insan yang bernama lelaki. Insan yang tidak pernah menghargai perasaan hatinya itu, yang telah mempermainkan ketulusan hatinya, dan dengan sengaja telah menduakan cinta hatinya. Namun dahlia tidak pernah jemu menanti kehadiran lelaki yang amat disayanginya itu dan berharap agar cintanya di balas walau selama mana pun terpaksa ia menunggu. Sambil dahlia menikmati kesegaran haruman bunga lavender, dahlia terkenang akan kisah percintaannya bersama huzaif. Detik dimana bermulanya kisah hati Nur Dahlia Umairah........
Mohd Huzaif Amran, seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam merupakan cinta pertama dahlia. Huzaif merupakan seorang lelaki yang bijak, mempunyai rupa paras yang menjadi idaman setiap gadis yang melihatnya juga merupakan anak bongsu didalam keluarganya. Dahlia mengenali Huzaif ketika mereka masih bersekolah dan berada di tingkatan 5. Hubungan mereka berkekalan sehingga mereka menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke ipta. Memiliki paras rupa yang menjadi tarikan gadis menyebabkan huzaif curang dalam perhubungan cintanya, sehingga mengguris hati dahlia yang amat mencintai dirinya.
Bukan sekali dua Huzaif curang terhadap dahlia, sudah empat kali cinta dahlia dipermainkan. Namun gadis yang setia pada cintanya ini tetap memaafkan kesalahan lelaki yang sering mempermainkan hatinya itu dan terus memberi peluang kepada Huzaif untuk membuktikan cintanya. Atas nama cinta yang suci, dahlia menabahkan hati untuk mendengar dan melihat kecurangan huzaif. Huzaif terus menduakan dahlia walaupun telah diberi peluang selepas dia memujuk dan merayu untuk kembali kedalam hidup dahlia. Sewaktu ingin kembali, banyak janji-janji manis yang ditaburkan oleh Huzaif terhadap Dahlia serta dia telah berjaya meyakinkan dahlia bahawa dia benar-benar telah berubah.
Sebelum kembali kepada dahlia, huzaif menerima berita bahawa dahlia menghidap penyakit jantung berlubang. Dan dalam tempoh yang terdekat itu juga huzaif mula menghubungi dahlia dan menyatakan hasrat untuk kembali kepada dahlia. Dahlia berasa ragu-ragu, namun kerana cintanya yang mendalam terhadap huzaif, dahlia menerimanya dan memberikan peluang serta kepercayaan yang tinggi terhadap huzaif. Dahlia berasa bahawa huzaif kembali kepadanya hanya atas dasar simpati akan masalah kesihatan yang dihadapinya, namun apabila ditanya, huzaif terus menafikan keraguan dahlia itu. Huzaif menaburkan janji-janji manis dan memberi harapan kepada dahlia untuk hidup bersama.
Tiga bulan mereka menjalani hubungan cinta dan dahlia mula mengimpikan saat-saat bahagia yang diciptanya didalam angan. Huzaif pula mula menduakan cinta dahlia didalam diam sehinggalah tiba satu hari dimana dahlia mengetahui akan kecurangan huzaif. Pada mulanya dahlia boleh menerima kecurangan huzaif dan menganggap kecurangan huzaif bukan atas kehendak dirinya dan sudi untuk meneruskan hubungan mereka atas nama persahabatan. Namun, dahlia hilang kesabaran, kepercayaan dan cintanya terhadap huzaif apabila Nur Erina Khalisya, perempuan yang merampas huzaif darinya itu seolah-olah cuba untuk memutuskan persahabatan mereka. Erina membuang dahlia daripada menjadi rakan huzaif dilaman facebook dan huzaif hanya mendiamkan dirinya. Dahlia merasakan bahawa huzaif tidak mementingkan hubungan persahabatan yang baru dibina, itupun setelah dahlia memaafkan kecurangan dirinya yang amat kejam dimata rakan-rakan dahlia.
Perkara yang terjadi itu membuatkan dahlia benci akan huzaif dan memutuskan untuk tidak terus berhubung dengan huzaif, lalu dahlia tekad untuk pergi membawa hati yang terluka. Kini tiada lagi ruang untuk huzaif kembali kepada dirinya lagi kerana dahlia merasakan perbuatan huzaif itu teramatlah kejam. Hati dahlia benar-benar terluka tatkala dia mengimpikan mahligai yang akan dibina bersama lelaki yang amat dicintainya itu. Segala angan dan harapannya musnah dalam sekelip mata. Hanya dahlia yang merasakan keperitan itu sewaktu huzaif mengecapi kebahagiaan bersama erina yang telah memusnahkan hubungan cintanya itu. Tiada sedikit pun kekesalan yang dirasai oleh huzaif setelah dia mempermainkan hati dan perasaan dahlia.
Dahlia merasakan kematian semakin menghampiri dirinya. Kekecewaan yang dialaminya membuatkan dahlia hilang harapan untuk meneruskan kehidupan. Lalu dahlia membawa diri ke tempat dimana dia ingin menghabiskan saat-saat terakhir hidupnya. Dahlia ingin menghirup udara segar bersama haruaman bunga lavender yang amat menenangkan jiwa dan fikirannya serta memberikannya keceriaan disaat hidupnya akan berakhir. Biarlah orang berkata bahawa dahlia melarikan diri dari ketentuan tuhan, namun dahlia tetap tekad untuk membawa dirinya ke Paris bagi mengisi saat-saat terakhir hidupnya itu. Takdir yang telah ditentukan Tuhan tidak pernah dahlia kesalkan, namun dahlia hanya pasrah dan berserah dengan ketentuan Tuhan keatas dirinya itu.
Dahlia semakin mendekatkan diri dengan Tuhan disamping menikmati keindahan dan haruman bunga lavender yang terbentang luas dihalaman rumahnya itu. Tibalah di satu pagi yang amat teduh, dahlia telah pergi menghadap ilahi bersama sekeping hati yang terluka dan bersama impian yang musnah. Bunga lavender dihalaman rumahnya seolah-olah merasa kehilangan dahlia dan hari yang suram seolah-olah menunjukkan kesuraman hati dahlia yang telah pergi bersama dirinya itu. Sehingga kehari ini, huzaif tidak mengetahui akan pemergian dahlia dari dunia ini dan berharap akan dapat berjumpa dahlia bagi menebus kesalahan yang dilakukannya itu.
Dengan kuasa tuhan, huzaif menerima khabar pemergian dahlia itu daripada seorang kenalan rapat dahlia. Tiada apa yang dapat dikesalkan lagi oleh huzaif kerana segala-galanya telah terlambat baginya untuk memohon kemaafan terhadap dahlia. Sekarang hanya tuhan tempat untuk huzaif memohon keampuanan diatas kesalahnnya itu. Hasrat dahlia yang terakhir ialah berharap agar huzaif tidak lagi mempermainkan hati dan perasaan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Adakah huzaif akan berubah?? Hanya tuhan yang tahu akan kesudahannya..............TAMAT......

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)